banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 20 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Harga emas jatuh untuk hari ketiga berturut-turut, lebih $9.15/oz Isnin semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,168.60/oz sebelum menutup sekitar paras $1,168.80/oz; terkesan dari data sentimen pengguna AS yang kukuh menyebabkan para pelabur membuat spekulasi bahawa Federal Reserve AS tidak akan menunggu sehingga tahun depan untuk menaikkan kadar pinjaman AS.

Di pasaran global, China melaporkan KDNK (GDP) suku ketiga meningkat 1.8%, sedikit lebih baik daripada kenaikan 1.7% yang dijangka, dan pada kadar tahunan 6.9%, juga menewaskan kenaikan 6.8% yang dijangka oleh pasaran. Pelaburan aset tetap meningkat 10.3%, di bawah kenaikan tahunan sebanyak 10.8% yang dilihat pada bulan September dan pengeluaran tahunan industri meningkat 5.7%, jauh di bawah kenaikan 6.0% yang dijangka pada bulan September; manakala jualan runcit meningkat 10.9%, dan di atas 10.8% pada tempoh yang sama.

telegram-moshed

telegram-moshed

Data ini dipantau dengan teliti, di tengah-tengah kebimbangan bahawa kelembapan China yang menerajui pertumbuhan global, boleh menggalakkan Feds AS untuk melambatkan kenaikan kadar dengan lebih lama.

Emas menjejaki dolar pada masa ini,” kata seorang pedagang di Hong Kong. “Selepas data minggu lepas, ada yang meletakkan semula kenaikan kadar pada Disember ini di atas meja.” tambah beliau lagi.  Sebelum kejatuhan pada hari Jumaat, emas telah melonjak ke paras tertinggi dalam masa 3-1/2 bulan sebanyak $1,190.63 sepanjang minggu lepas; apabila para pedagang percaya bahawa Feds mungkin terpaksa menangguhkan kenaikan kadar kerana kelesuan ekonomi AS, dan di tengah-tengah kemalapan ekonomi global.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register