728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 21 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Harga emas yang awalnya meningkat pada sesi Asia, menjunam lebih $17/oz untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,191.40/oz; sebelum menutup pada paras $1,195.80/oz apabila Dollar dibeli semula dalam pasaran yang berharap dengan kenaikan “interest rate” pada Jun ini, terkesan dari ucapan presiden Federal Reserve New York William Dudley di Bloomberg.

Kelembapan ekonomi di China, pengguna emas kedua terbesar di dunia, membimbangkan pasaran berikutan bank pusat negara itu, yang menambah kecairan dalam pasaran pada hujung minggu lalu. Bank pusat China pada hari Ahad, menurunkan jumlah rizab pegangan bank bagi membantu merangsang pinjaman dan menjana pertumbuhan ekonomi. Langkah-langkah sebegini biasanya akan meningkatkan permintaan terhadap emas. Walau bagaimanapun, harga di China berada kira-kira $1/oz dari harga global, tidak berubah dari hari Jumaat.

telegram-moshed

Eksport emas AS bagi suku tahun keempat 2014 adalah 58% lebih besar dari pada suku ketiga, yang mana 83% dari itu adalah jongkong emas, lapor US Geological Survey (USGS) pada Jumaat lalu.  Russia pula diberitakan telah menambah simpanan emasnya sebanyak 39.8 juta auns pada 1 April lalu, berbanding dengan 38.8 juta auns pada March 2015.  Keadaan ini dilihat sebagai petanda ‘bullish’ kepada pasaran emas.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register