728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 21 April 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 21 April 2016

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1,258/oz ke serendah $1,242.45/oz sebelum menutup sekitar paras $1,244.15/oz; setelah Dollar kembali mendapat sokongan belian di tengah-tengah harga minyak mentah yang melambung tinggi, terkesan dari mogok 3 hari oleh penjawat awam sektor minyak dan gas Kuwait.

Sebelum daripada itu, emas disokong oleh data yang menunjukkan perumahan AS mula jatuh lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Mac dan permit untuk pembinaan rumah masa depan, mencecah paras terendah dalam setahun. Berita tersebut memandu Dollar mendadak lebih rendah, kerana ia menyokong tanggapan bahawa Feds akan menaikkan kadar secara beransur-ansur.

telegram-moshed

Emas juga disokong oleh peningkatan dalam harga perak. Kontrak niaga hadapan Julai bangkit ke paras tertinggi 11 bulan semalam, selepas perak mendapat sokongan belian dari permintaan industri dan belian spekulatif dari China. Kontrak niaga hadapan Julai Comex untuk perak terus menarik pembeli, ditutup pada $17.02/oz, meningkat $0.048 atau 0.28%. Kontrak perak menjadi kontrak paling aktif di Shanghai Gold Exchange, meningkat untuk sesi kesepuluh daripada 11, mendaki kira-kira 3% semalam ke paras enam bulan tertinggi.

telegram-moshed

Emas mungkin akan terus disokong oleh kenaikan harga perak dan satu kejatuhan mendadak dalam pasaran ekuiti AS juga, boleh menghantar pelabur untuk membeli emas. Bagaimanapun, kenaikan emas akan terhad jika indeks saham pulih dan kembali bergerak ke paras yang lebih tinggi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register