banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 21 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Harga emas terus memacu naik lebih $21/oz Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,154.05 sebelum menutup sekitar paras $1,152.00/oz; setelah para pedagang mengatur semula strategi pasca minit mesyuarat FOMC pada Julai yang menunjukkan pegawai-pegawai memerlukan lebih banyak bukti ekonomi yang mengukuhkan, sekaligus mengisyaratkan kemungkinan kenaikan “interest rate” pada bulan depan adalah meleset.

Pegawai-pegawai Fed bimbang bahawa kadar inflasi yang rendah dan ekonomi global yang lemah menimbulkan risiko yang agak besar untuk ekonomi AS, sekaligus memudarkan spekulasi untuk kenaikan kadar pada bulan September dan meningkatkan daya tarikan pelaburan emas. Pelabur cenderung untuk mengelakkan logam kuning ketika pertumbuhan ekonomi dan dasar monetari yang lebih ketat, kerana ia membayar pulangan hanya melalui peningkatan harga, manakala pemegang aset lain, seperti bon, mendapat manfaat daripada “interest rate” yang lebih tinggi.

Pegangan dalam ETF emas meningkat 0.2%, menurut data Bloomberg, tetapi masih berhampiran paras terendah sejak tahun 2009. Aset dalam SPDR Gold Trust, ETF emas terbesar, tidak berubah untuk hari kelima pada 671.87 tan selepas ianya kembali pulih seminggu lebih awal dari paras paling rendah sejak September 2008. Pegangan dalam dana telah merosot lebih kurang 50% sejak kemuncak pada 1,353.35 tan pada Disember 2012.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register