banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 21 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-014

Harga emas melonjak lebih $20.20/oz Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,071.60/oz sebelum menutup sekitar paras $1,066.25/oz; setelah para pelabur dilihat mengambil untung jualan tahunan menjelang cuti Krismas Jumaat ini.  Emas telah jatuh lebih $250/oz atau lebih 10% sejak awal tahun ini, apabila sentimen kenaikan kadar AS semakin hangat diperkatakan disamping pasaran komoditi yang semakin lemah apabila ekonomi global semakin perlahan.

Memetik keadaan pasaran pekerjaan yang bertambah baik dan jangkaan bahawa inflasi akan bergerak ke arah sasaran 2%, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Federal Reserve AS menaikkan kadar pada awal pagi Khamis minggu lepas untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad. Dalam undi sebulat suara, FOMC mengangkat Kadar Dana Persekutuan sebanyak 25 mata asas kepada paras di antara 0.25% dan 0.50%. Kadar Dana Persekutuan adalah kadar yang ditawarkan oleh institusi untuk pinjaman semalaman antara bank di Feds New York.

telegram-moshed

Trader komoditi mempunyai hampir sebulan untuk memfaktorkan kenaikan kadar AS ke dalam pasaran, selepas Feds mula menyatakan langkah tersebut pada awal November lepas, berikutan laporan pekerjaan AS yang teguh. Permulaan kitaran pengetatan dasar monetari pertama Feds sejak kemelesetan besar pada 1930, sebahagian besarnya telah dilihat sebagai penurunan harga untuk emas, yang bergelut untuk bersaing dengan aset yang memberi pulangan tinggi dalam persekitaran kadar yang lebih tinggi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register