banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 21 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-014

Emas terus memacu naik lebih $20, mengatasi penanda aras “downtrend” pada “stop and reverse” indikator di carta bulanan, sekitar $1,289.80; sekaligus menandakan pasaran telah memasuki fasa uptrend di ketiga-tiga carta – bulanan, mingguan, dan harian.  Para penganalisa teknikal dilihat bakal mencari peluang belian, terutamanya pada harga kos produksi $1,200.  Sokongan dilihat juga pada harga pivot bulanan sekitar $1,180 dan pivot mingguan sekitar $1,250.

Emas telah meningkat lebih 4.5% sejak Khamis lalu, apabila SNB mengejutkan pasaran dengan membatalkan sokongan terhadap kadar tukaran nilai EUR|CHF pada 1.2000 yang telah dibuat sejak 2011.  Keadaan ini dilihat sebagai ketidakmampuan SNB untuk terus membeli Euro apabila ECB dijangka mengumumkan “Quantitative Easing” (QE) ala Amerika Syarikat dalam mesyuaratnya esok.

telegram-moshed

Buat masa ini permintaan terhadapa emas lebih disokong oleh faktor ketidaktentuan pasaran dan krisis geo-politik, menyebabkan dana bursa berasaskan emas juga mendapat permintaan.  SPDR Gold Trust diberitakan telah menambah pegangan emas fizikalnya kepada 730.89 tan metrik, peningkatan sebanyak 1.9% pada 16 Januari lalu.  Para pelabur dijangka lebih berminat dengan “buy-on-dip”.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register