728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 21 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Harga emas melonjak lebih $22/oz Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,109.50/oz sebelum menutup sekitar paras $1,100.55/oz; setelah pasaran ekuiti jatuh, dan pegangan pelabur meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh dua bulan. Citigroup berkata peranan emas sebagai aset ‘safe-haven’ kini kembali menjadi trend. Permulaan yang tidak menentu pada awal tahun di pasaran kewangan global, telah membawa pelabur untuk mendapatkan lebih banyak emas, sekaligus meningkatkan harga sebanyak 3.1%.

Pasaran Saham Asia jatuh ke paras tiga tahun terendah semalam, selepas harga minyak mentah tenggelam di bawah paras $28 setong. Pada masa yang sama, Tabung Kewangan Antarabangsa memotong unjuran pertumbuhan ekonomi dunia. Citigroup pula menaik taraf ramalan harga emas untuk 2016, dan memotong prospek untuk minyak mentah dan logam asas, ekoran pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin suram.

telegram-moshed

Emas sebagai aset ‘safe-haven’ kembali menjadi trend, buat masa ini,” menurut penganalisis Citigroup yang meningkatkan ramalan 2016 kepada 7.5% atau $1,070/oz. “Kami menjangka kebimbangan makro global akan berterusan untuk memberi sokongan belian pada suku ini.” tambah mereka lagi. Pegangan dalam produk dagangan bursa bersandarkan emas memanjat buat kali ketujuh dalam lapan sesi. Aset melonjak sebanyak 22.7 tan metrik kepada 1,511.8 tan pada Selasa, paras tertinggi sejak 6 November, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register