728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 21 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-006

Harga emas terus meningkat lebih $13.80/oz Jumaat lalu, untuk hari ketiga berturut-turut dan mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,141.75/oz sebelum menutup sekitar paras $1,139.15/oz; setelah Federal Reserve AS membuat keputusan untuk mengekalkan kadar semasa yang telah berlanjutan sejak 9 tahun lalu.

Kenyataan negatif dari bank pusat AS itu menyebut inflasi yang rendah di Amerika Syarikat dan “kadar sederhana” bagi pengembangan ekonomi sebagai batu penghalang, terutamanya selepas laporan CPI menunjukkan ekonomi AS telah memasuki wilayah deflasi dengan kejatuhan angka CPI kepada -0.1% meleset dari jangkaan 0%.

telegram-moshed

Majlis FOMC Federal Reserve AS juga, hanya menjangka inflasi mencapai kadar sasaran 2% menjelang 2018. FOMC juga berkata ia “terus melihat risiko kepada prospek bagi aktiviti ekonomi dan pasaran buruh yang hampir seimbang; tetapi sedang memantau perkembangan di luar negara.”  Emas dan “interest rate” mempunyai korelasi negatif yang kuat.

Emas akan mendapat manfaat daripada apa-apa kelewatan dalam kenaikan kadar AS. Harga telah mencecah paras terendah dalam masa lima tahun sejak kebelakangan ini, kerana banyak pelabur telah mempertaruhkan peralihan kepada kadar AS yang lebih tinggi sekaligus menjejaskan emas, yang tidak membayar sebarang “interest”.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register