GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Apr 2015

0 1

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Harga emas kembali meningkat lebih $10.50 Selasa semalam, untuk menghampiri harga kos produksi 1 oz emas – $1,200 selepas berada pada paras terendah sekitar $1,193.10 pada lewat petang Asia.  Di pasaran matawang, US Dollar Index kembali lebih tinggi dalam lantunan dari tekanan jualan yang kuat baru-baru ini. Terdapat beberapa petunjuk teknikal yang mula mencadangkan, bahawa Dollar telah pun mencapai puncak pasaran. Jika ini benar, maka ia akan menjadi satu perubahan arah kepada pasaran komoditi.

Isu Greece kembali memuncak pada awal minggu ini, apabila rundingan penyusunan semula hutang, antara pegawai kerajaan Greece dan IMF/ECB tidak berjalan dengan baik. Mesyuarat hujung minggu di Brussels antara kedua-dua pihak juga, tidak menghasilkan sebarang keputusan yang positif. Kadar pulangan bon Greece telah meningkat dengan ketara baru-baru ini, ekoran keraguan mengenai kemampuan Greece dalam membayar hutangnya, tanpa pembaharuan ekonomi yang serius.

Nota hutang 2 tahun Greek telah mencapai sekitar 27% pada Isnin lalu, manakala bon 10 tahun pula, telah menghampiri 13%. Kebuntuan isu hutang antara Greece-EU telah menjadi satu agenda di pasaran dunia dan jika perkara itu tidak diselesaikan dengan segera, aset yang lebih selamat seperti emas akan mendapat manfaat, ekoran peningkatan permintaan dari para pelabur. Terdapat spekulasi pasaran yang semakin meningkat bahawa satu ketika nanti, Greece akan bangkrap dan melupuskan semua hutangnya dengan EU.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa