GOLD Analisa Fundamental Harian 22 April 2016

0 3

Harga emas berada dalam dagangan tidak menentu Khamis semalam, selepas kenaikan lebih $27.20/oz sepanjang sesi Asia dan Eropah, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,270.27/oz, dipadamkan dalam masa sejam pada sesi New York untuk menutup sekitar paras $1,247.96/oz; setelah pasaran memberikan reaksi kepada kenyataan Presiden ECB Mario Draghi dan bersedia menjelang mesyuarat FOMC minggu depan.

Kumpulan Saxo melaporkan bahawa “pemandu terbesar [harga emas tahun ini] adalah pemulihan yang sangat tajam dalam sentimen ke arah kenaikan kadar AS dan nilai Dollar yang kita saksikan semasa bahagian awal Januari,” menurut ketua strategi komoditi Saxo Bank, Ole Hansen. Hansen menambah bahawa jangkaan kenaikan kadar diturunkan berdasarkan turun naik yang mengikuti kenaikan kadar Feds pada Disember lalu serta kebimbangan terhadap kelembapan permintaan, “pelabur mencari pelaburan selamat di tengah-tengah semua kegawatan”.

“Ini membantu mencetuskan pembalikan mendadak dalam harga emas dengan dana besar yang menterbalikkan kedudukan jualan pada bulan Januari ke dalam belian yang besar. Satu faktor lain yang lebih penting ialah pulangan bon-bon kebanyakan negara maju yang terus bergerak ke dalam wilayah negatif. Dengan bertrillion hutang kerajaan yang memberikan pulangan di bawah sifar, pengurus dana di seluruh dunia sedang bergelut dan kos pegangan emas telah dikurangkan dengan ketara.” tambah Hansen lagi.

Mengenai hubungan antara kenaikan kadar AS dan emas, Hansen mengatakan bahawa “ekonomi yang lebih kukuh dan kenaikan kadar akan memberi cabaran tetapi kini pasaran mempunyai kekurangan pelaburan alternatif untuk bon berkadar sifar”. Faktor lain untuk dipantau adalah inflasi, dimana Hansen mengatakan bahawa “kenaikan umum harga komoditi sejak beberapa bulan lalu, boleh mula melimpah ke inflasi yang lebih tinggi”. Ini, tambah beliau, boleh memberi “sokongan tambahan kepada emas, memandangkan kualitinya sebagai pelindung nilai terhadap inflasi”.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa