GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Dis 2015

0 1

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Harga emas terus memacu naik untuk hari kedua Isnin semalam, lebih $16.70/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,081.75 sebelum menutup sekitar paras $1,077.90; setelah logam berharga itu melihat beberapa tawaran belian, apabila pasaran ekuiti global jatuh mendadak terkesan dari kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan. Indeks Dow Jones yang mengukur lebih 30 syarikat konglomerat terbesar dunia, telah menutup dibawah paras sokongan kukuh 17,500 mata semalam, menandakan kejatuhan pasaran ekuiti kini telah bermula.

Walau bagaimanapun, Ketua strategi komoditi di bank pelaburan Goldman Sachs, Jeffrey Currie, yang sememangnya negatif terhadap emas sejak 2012, telah membuat beberapa panggilan bahawa emas sedang menuju bawah paras $1,000/oz.  Pada masa yang sama, dalam kajian ramalan emas tahunan pada tahun ini oleh London Bullion Market Association, daripada 35 penganalisis yang dibanci, lima meramalkan kejatuhan di bawah paras $1,000/oz pada tahun 2015.

Dagangan lengang sekitar Krismas dan Tahun Baru akan mengehadkan penurunan harga, tetapi pelabur akan terus membubarkan pegangan dalam beberapa bulan akan datang, kerana Dollar dan kadar AS yang lebih tinggi.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa