banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar $14.55/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,234.55 ke serendah $1,220/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,227.80/oz; setelah pasaran mula mengambil untung belian dari kenaikan sehari sebelumnya, sebelum pasaran bercuti untuk hujung minggu.

Emas telah melonjak dengan agak mendadak, dan berada dalam dagangan ‘sideway’ kini kelihatan sesuai,” menurut Simon Weeks, ketua pelaburan logam berharga di Bank of Nova Scotia. “Sebagai aset ‘safe-haven’, ia pasti akan kembali aktfi didagangkan. Kita mempunyai pengumuman kadar negatif di seluruh dunia, jadi mungkin pasaran telah memberikan reaksi lebih awal dari segi keyakinan mereka tentang pemulihan ekonomi.”, tambah beliau lagi.

telegram-moshed

Sebagai aset tidak bekadar, emas mendapat sokongan belian daripada persekitaran kadar yang lebih rendah. Logam ini telah disokong oleh aliran dana masuk ke dalam dana dagangan bursa (ETF) yang disokong emas, dimana pegangan telah meningkat lebih daripada seluruh kejatuhan pada tahun 2015. Pegangan ETF emas utama dunia, SPDR Gold Trust, meningkat lagi 0.38% kepada 713,63 tan pada Khamis lalu.

telegram-moshed

Spekulasi pasaran bahawa Feds AS mungkin tidak menaikkan kadar pada mesyuarat Mac ini, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kestabilan pasaran global dan inflasi yang rendah, telah memupuk pendirian kenaikan harga di kalangan pembeli emas. Tempoh lanjutan kadar yang rendah, cenderung untuk memberi manfaat kepada logam berharga yang tidak menjanjikan sebarang kadar pulangan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register