728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Mac 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Mac 2016

Harga emas terus susut untuk hari ketiga Isnin semalam, lebih $14.70/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,240.67/oz sebelum menutup sekitar paras $1,243.62/oz; setelah pasaran terus dipenuhi kegiatan mengambil untung belian.  Pada masa yang sama, laporan jualan rumah sedia ada AS yang mengecewakan semalam tidak menghalang pelabur untuk membeli Dollar.

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, memacu naik lebih 0.39 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 95.41 mata, sebelum menutup sekitar paras 95.30 mata.  Di pasaran ekuiti, indeks S&P500 terus memanjat naik untuk ke paras tertinggi harian sekitar 2,053 mata sebelum menutup sekitar 2,051 mata.

Di pasaran jongkong emas, pengguna terbesar emas dunia India, diberitakan bakal mengenakan semula cukai jualan yang telah dimasuhkan pada empat tahun yang lalu.  Menteri Kewangan India, Arun Jaitley berkata bahawa cukai ke atas import jongkong emas juga akan dinaikkan dari 8% kepada 8.75%. Cukai jualan sebanyak 1% dan cukai import sebanyak 8.75% ini dilihat akan mengekang permintaan domestik, sekaligus boleh membawa kepada penurunan harga dalam masa terdekat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register