728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Harga emas jatuh lebih $15.30/oz Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,163.65/oz sebelum menutup sekitar paras $1,167.05; setelah harga emas masih sebahagian besarnya disokong oleh jangkaan bahawa Majlis FOMC Federal Reserve AS tidak mungkin menaikkan kadar pada tahun ini; berikutan rentetan data ekonomi yang lemah dari Amerika Syarikat dan China baru-baru ini.

Kebanyakan pelabur telah mengambil kira bahawa kadar kenaikan Feds bakal berlaku pada tahun depan berbanding tahun ini, menurut Commerzbank.  Namun, komen beberapa pegawai Feds dan Pengerusi Janet Yellen yang mahukan kadar dinaikkan pada tahun ini, walaupun dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu; telah menyebabkan kebanyakan para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Terdapat lebih ketidakpastian sejak kebelakangan ini tentang masa kenaikan kadar AS, dan ini tidak membantu emas,” kata seorang pedagang di Sydney. “Kami hanya mengambil isyarat daripada dolar.” tambah beliau lagi.  Dolar telah didagangkan berhampiran paras tertinggi dalam tempoh lebih seminggu, berbanding sekumpulan mata wang utama.  Dolar AS yang lebih kukuh menjadikan emas lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

“Secara teknikal, pasaran tidak begitu baik pada masa ini, kerana harga telah memecah di bawah purata 200-hari bergerak, berhampiran paras $1,175,” menurut penganalisis teknikal Reuters Encik Wang Tao.  “Emas boleh memecah sokongan pada $1,168 dan jatuh ke tahap sokongan seterusnya pada $1,155,” tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register