728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas susut $9.50/oz Isnin semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,129.65/oz sebelum menutup sekitar paras $1,133.35/oz; setelah para pelabur dan ahli ekonomi masih memberikan harapan kepada kenaikan kadar Federal Reserve AS akan berlangsung pada tahun ini, dengan kemungkinan besar pada bulan Disember nanti.

Pasaran Saham Eropah naik 0.6% manakala dolar meningkat berbanding sekumpulan mata wang, selepas terdapat spekulasi bahawa bank-bank pusat utama yang lain boleh melonggarkan dasar mereka, selepas Federal Reserve AS menangguhkan kenaikan kadar buat masa ini.

telegram-moshed

Emas yang diniagakan dalam julat kecil pada awal bulan ini, kerana ketidakpastian sama ada Fed akan menaikkan kadar untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad; mengangkat kos memegang emas yang tiada kadar, manakala berpotensi untuk meningkatkan nilai dolar.

telegram-moshed

Majoriti bank utama di Wall Street kini menjangka Fed akan mula meningkatkan kadar pada bulan Disember, menurut tinjauan yang Reuter jalankan pada hari Khamis selepas keputusan dasar Feds. Saham di pasaran utama susut pada Jumaat dan harga bon meningkat, menolak pulangan ke paras terendah, sekaligus membantu menaikkan bidaan harga emas.

Pasaran saham dan mata wang dalam pasaran negara membangun yang lebih terdedah kepada kadar AS yang lebih tinggi, secara ringkas menyambut baik keputusan Feds untuk menangguhkan kenaikan kadar, tetapi lantunan mereka pudar dengan jualan besar-besaran yang berterusan dalam pasaran negara maju.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register