728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-020

Harga emas menjunam lebih $18/oz Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,204.95/oz sebelum menutup pada paras $1,186.90; apabila Dollar AS kembali mengukuh selepas kejatuhan sebelumnya, dengan pelabur menumpukan perhatian mereka kepada krisis hutang Greek dan kesannya ke atas pasaran mata wang.

Greece yang bakal kehabisan dana, berjanji kepada ECB pada bulan Februari, bahawa pada akhir bulan April ia akan bersetuju dengan pemiutang, untuk memberi senarai pembaharuan ekonomi yang komprehensif, bagi mendapatkan baki €7.2 bilion dana bantuan kecemasan yang masih tersimpan.  Namun malangnya, tiada sebarang perlepasan dana yang bakal diberikan esok, apabila menteri-menteri Euro-Zone bertemu di Riga.

telegram-moshed

Ketidaktentuan yang berpanjangan terhadap krisis hutang Greece sejak 3 tahun lepas, jika tidak dapat diselesaikan bakal menyaksikan Greece keluar dari Euro-Zone; sekaligus boleh merangsang permintaan untuk jongkong emas, yang dilihat sebagai pelaburan selamat dan kalis inflasi, walaupun kekuatan Dollar AS boleh menghadkan kenaikan harga logam kuning itu.

Dalam mencerminkan sentimen pelabur, SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas yang terbesar di dunia, berkata pegangannya meningkat 0.45% kepada 742,35 tan metrik pada hari Selasa lalu.  Para pedagang juga mengintai aktiviti dalam pasaran fizikal. India, pengguna emas terbesar dunia, menyambut perayaan membeli emas – Akshaya Tritaya – pada hari Selasa lalu.

Pembelian emas agak perlahan, walaupun harga di pasaran tempatan jatuh; ekoran keadaan ekonomi yang sukar di kawasan luar bandar telah mengekang permintaan. Ramai pembeli dilihat menangguhkan pembelian mereka kerana menjangkakan harga akan jatuh lebih rendah.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register