Share This Post

Archive-Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Emas yang jatuh ke paras terendah sekitar $1,278.60 Khamis semalam, memacu naik kembali cuba memecahkan resistance $1,300 pada awal sesi dagangan New York, apabila data pasaran pekerjaan Amerika Syarikat, dilaporkan meleset dari jangkaan.  Sebelumnya, European Central Bank mengumumkan pakej ransangan ekonomi ala QE Amerika Syarikat, berjumlah lebih 1.1 trilion Euros dalam mesyuaratnya Khamis semalam.

Pasaran yang umumnya teruja dengan program yang dijangka membantu Kesatuan Eropah keluar dari kemelut deflasi itu, walau bagaimanapun masih dilihat membuat permintaan terhadap aset “safe-haven” seperti emas.  Emas yang selalunya mengikut harga minyak mentah, kini berada pada korelasi yang paling lemah dalam tempoh 5 bulan.  Pasaran jongkong emas dilihat pada lonjakan terbaik sejak 1980an dan minyak mentah pula pada kejatuhan paling teruk sejak April 2009.

Keadaan ini dilihat sebagai para pelabur yang mula memberi tumpuan kepada risiko deflasi, akibat kejatuhan harga minyak global.  Secara teorinya, harga minyak yang rendah bakal menyebabkan penurunan kos, yang sekaligus menurunkan harga barangan dan menyebabkan deflasi, ekoran penguncupan aktiviti ekonomi.  Pada masa yang sama, pelbagai program stimulus bagi menjana ekonomi, dengan melemahkan matawang seperti di Jepun dan Eropah, dilihat sebagai satu bom jangka ekonomi yang hanya menunggu masa untuk meletus.

Adakah anda tercari-cari cara belajar forex paling berkesan ? Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex 100% Karya dari MoshedFX – [Klik Sini]

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!