728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Mei 2016

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $1,260.17/oz ke paras terendah harian sekitar $1,248.80/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,252.55/oz; setelah beberapa laporan ekonomi AS menunjukkan kuasa ekonomi terbesar dunia itu bertambah pulih dan menguatkan sentimen kenaikan kadar seawal Jun depan.  Kenaikan kadar meningkatkan kos untuk memegang emas kerana ianya tidak memberikan sebarang pulangan kadar tetap selain daripada pergerakan harga.

Presiden Feds New York, William Dudley mengatakan kebanyakan pegawai Feds berpandangan bahawa pasaran memandang rendah kepada kemungkinan polisi pengetatan dasar kewangan dan kesediaan Feds untuk menaikkan kadar seawal Jun atau Julai depan.  Komen yang diberikan sehari selepas siaran minit mesyuarat FOMC itu selari dengan kenyataan seorang lagi Presiden Feds yang mengatakan perkara yang sama, sekaligus mendorong indeks Dollar kekal kukuh pada paras tertinggi dalam masa dua bulan.

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama – EUR, GBP, JPY, CHF, CAD, SEK – telah berlegar-legar sekitar paras 95.50 sejak beberapa hari lalu, selepas memacu naik dari paras terendah sekitar 91.88 yang dicapai pada awal bulan Mac lepas.  Dollar telah dijual sejak awal tahun ini apabila Feds diberitakan mengurangkan jangkaan kenaikan kadar daripada empat kali kepada hanya dua kali pada tahun ini, terkesan daripada kelembapan ekonomi global dan kegawatan pasaran kewangan.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register