728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Harga emas jatuh untuk hari kedua, lebih $15/oz Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,121.40/oz sebelum menutup sekitar paras $1,124.70/oz; apabila pasaran ekuiti Asia dan dolar meningkat lebih tinggi serta para pelabur yang bimbang dengan kemungkinan kenaikan kadar AS pada akhir tahun ini.

Ulasan daripada pegawai Federal Reserve semalam, memberi isyarat bahawa bank pusat AS masih boleh menaikkan kadar pada akhir tahun ini; satu langkah yang boleh mengurangkan permintaan untuk aset tanpa “interest” seperti emas, selepas Feds berdiam diri pada mesyuarat dasar minggu lepas.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Kami bimbang bahawa mesej Feds agak kelam-kabut minggu lalu, memandangkan kebanyakan gabenor telah menyatakan kesediaan untuk menaikkan kadar pada akhir tahun ini,” menurut penganalisis INTL FCStone Edward Meir. “Ketidakpastian dalam pelbagai kelas aset, apabila pelabur berdiam diri menjelang mesyuarat dasar Fed pada bulan Oktober dan Disember nanti, boleh membantu menyokong harga emas.” tambah beliau lagi.

Pada masa yang sama, Presiden Feds St. Louis James Bullard berkata, terdapat “kes yang kuat untuk dibuat” bagi permulaan mengetatkan dasar dan terdapat “peluang” untuk Feds menaikkan kadar pada mesyuarat bulan Oktober nanti.  Pasaran kini menunggu untuk mendengar daripada Pengerusi Feds Janet Yellen sendiri, yang akan berucap pada hari Khamis.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register