728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 24 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-008

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar $18.30/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,168.30/oz ke serendah $1,149.00/oz; pasca pengumuman minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis lalu.  Logam berharga bangkit minggu lalu ke paras satu bulan tertinggi selepas minit Feds yang dikeluarkan pada awal pagi Khamis membayangkan bahawa kenaikan kadar mungkin tidak berlaku pada bulan September.

Harga emas kini lebih daripada 6% daripada paras terendah pada lewat Julai dan sedang berada di tengah-tengah minggu terbaik dalam masa lima bulan, tetapi kenaikan mendadak akan menyebabkan pembeli lebih berhati-hati. Menurut Suruhanjaya Dagangan Komoditi dan Niaga Hadapan, jumlah kedudukan jualan hadapan emas telah menurun lebih daripada 8% daripada 14 Julai, di mana ia mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun.

Sejak mencapai paras tertinggi lebih $1,900/oz pada bulan September 2011, emas telah merudum, jatuh 40% dari masa ke masa, dan dolar telah bangkit. Tetapi ekoran ketidaktentuan ekonomi global yang meningkat dan keputusan Feds yang berbolak-balik telah menggegarkan pasaran akhir-akhir ini; sekaligus menggesa para pelabur untuk membeli logam berharga.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register