GOLD Analisa Fundamental Harian 24 Jul 2015

0 5

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Harga emas terus merudum lebih $17.50/oz Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar paras $1,087.30 sebelum menutup sekitar paras $1,090.50/oz; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan apabila angka tuntutan pengangguran dilaporkan lebih baik dari jangkaan, sekaligus menguatkan jangkaan kenaikan “interest rate” pada September ini.

Peniaga masih tidak mempunyai kepentingan dalam logam berharga, kecuali menganggapnya satu pembelian yang murah.  Semalam emas diselesaikan 1.1% lebih rendah dan ianya menandakan penyelesaian yang paling rendah bagi kontrak paling aktif sejak Mac 2010. Logam berharga emas telah dibelasah oleh permintaan yang berkurangan kesan dari pengukuhan Dollar dan data pembelian emas China yang mengecewakan.

“Emas mungkin akan melantun selepas kejatuhan baru-baru ini,” menurut Scott Schuberg, daripada Rivkin. “Tanpa mengira apa pemangkin, mungkin ada sebab yang sangat baik untuk mencari sesuatu lantunan dalam emas dan mengambil strategi lindung nilai dengan membandingkan harga emas dengan harga saham pengeluar emas,” tambah Schuberg lagi.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa