728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Emas yang jatuh dibawah paras harga purata kos produksi Selasa semalam, kembali melonjak lebih $18 pada sesi petang New York; apabila presiden Federal Reserve Janet Yellen memberi kenyataan kepada kongres Amerika Syarikat, bahawa badan kewangan itu tidak akan tergesa-gesa dalam menaikkan “interest rate”, setelah mengambil kira inflasi yang masih dibawah sasaran dan peningkatan gaji pekerja yang terlalu perlahan.

Di pasaran Eropah pula, para menteri kewangan Euro-Zone akhirnya mencapai kata sepakat untuk memanjangkan bantuan dana kecemasan kepada Greece selama 4 bulan sahaja.  Persetujuan ini sekaligus menyelamatkan Greece dari bankrap dan keluar dari Kesatuan Eropah.  Menurut penganalisa HSBC, James Steel, dengan China yang bercuti sempena tahun baru dan krisis “Grexit” yang mula mengendur, emas berkemungkinan jatuh lagi.

Hari ini presiden Feds dan ECB, kedua-duanya bakal meneruskan ucapan dan kenyataan masing-masing.  Spekulasi pasaran mengatakan Janet Yellen bakal menggantikan perkataan “patient” kepada “meeting-by-meeting basis”.  Ini menunjukkan bahawa Feds akan melihat kepada data ekonomi pada setiap mesyuarat FOMC dan kemudiannya memutuskan untuk menaikkan “interest rate”.

Apapun helahnya sekarang, kadar tukaran Dollar kepada matawang asing telah pun meningkat.  $1 kini boleh mendapatkan 1.24 CAD berbanding hanya 1.06 CAD, 118 Yen berbanding 100 Yen, 1.26 AUD berbanding 1.06 AUD, 64 pence berbanding 58 pence, 0.87 euro berbanding 0.73 euro pada enam bulan lalu.  Keadaan ini sudah pastinya meningkatkan kuasa membeli korporat-korporat AS.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register