Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Harga emas terus berada dalam dagangan ‘sideway’ untuk hari kedua Jumaat lalu, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1,102.80/oz ke serendah $1,093.95/oz sebelum menutup sekitar paras $1,097.90/oz; setelah Dollar AS meningkat apabila pasaran terus memberikan reaksi kepada kenyataan Presiden ECB Mario Draghi¬†bahawa langkah-langkah ransangan seterusnya mungkin akan datang, apabila Jawatankuasa bertemu lagi pada bulan Mac nanti.

Ia datang sehari selepas logam berharga itu melonjak lebih daripada $15/oz, apabila pelabur lari ke dalam aset ‘safe-have’, di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat terhadap kelembapan ekonomi global yang terkesan daripada kejatuhan berterusan harga tenaga dan ekonomi China yang terus lemah. Apabila pasaran ekuiti di seluruh dunia mengalami bulan pembukaan paling teruk sejak krisis kewangan 2008, emas telah meningkat lebih daripada 3% pada bulan Januari.

telegram-moshed

Pada mesyuarat yang dipantau rapat di Frankfurt, Majlis Pentadbiran ECB telah mengekalkan kadar pada rekod rendah 0.05% dan kadar pinjaman pada 0.3%, sejajar dengan ramalan konsensus pasaran. ECB juga mengekalkan kadar deposit tidak berubah pada -0.3%, sebulan selepas menurunkannya jauh ke dalam wilayah negatif sebanyak 10 mata asas. Penganalisis juga menjangkakan kadar deposit akan kekal stabil pada -0.3%.

Memetik peningkatan risiko dalam pasaran negara membangun, turun naik yang melampau dalam pasaran kewangan dan komoditi global, serta jangkaan inflasi yang lemah; Draghi berkata Jawatankuasa ECB akan menimbang semula pendirian dasar monetari apabila ia bermesyuarat semula pada Mac ini. Presiden Draghi nampaknya gusar tentang kesan kejatuhan harga minyak terhadap kadar inflasi Euro-Zone, yang kini pada 0.2% – jauh di bawah matlamat sasaran ECB sebanyak 2.0%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register