728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Mac 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Mac 2016

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar $11.70/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,223.90/oz ke serendah $1,212.20/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,217.02/oz; setelah pasaran bersedia menutup untuk cuti ‘Good Friday’ hari ini.

Sebelum daripada itu, emas terus jatuh selepas Dollar bangkit apabila semakin ramai presiden Federal Reserve AS bertukar agresif. Jongkong emas adalah salah satu prestasi yang paling teruk di kalangan logam berharga dengan kejatuhan 1.1%. Emas diniagakan hampir paras terendah bulanan, selepas satu siri kenyataan agresif daripada ahli Federal Reserve AS, dengan komen terkini datang dari Presiden Feds Cawangan St Louis Encik Bullard yang mengatakan bahawa kenaikan pada bulan April adalah mungkin.

Kenyataan menggalakkan daripada ahli Fed lain: Encik Lacker, Williams, Lockhart dan Evans juga menimbulkan jangkaan pasaran untuk kenaikan kadar masa depan. Emas susut ke paras terendah dalam hampir satu bulan semalam dan telah bersedia untuk kejatuhan mingguan terbesar sejak awal November ekoran komen agresif dari pegawai-pegawai Federal Reserve AS yang mencetuskan pemulihan dalam Dollar.

telegram-moshed

Komen-komen yang meletakkan pelabur dalam berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan lebih banyak kenaikan kadar AS pada tahun ini, dijangka mencetuskan pembetulan meluas di seluruh komoditi. Langkah itu mendorong pelabur untuk mengurangkan kedudukan belian, kata broker Triland Metals dalam nota kepada pelanggan. Menjelang cuti ramai trader menggerakkan dana mereka keluar daripada pasaran untuk ketenangan fikiran, ekoran kebanyakan pasaran ditutup pada hari ini dan ada juga pada hari Isnin untuk perayaan ‘Easter’.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register