Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Emas berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar $9 dari paras tertinggi harian, sekitar $1,195 hingga ke serendah 1185.40; selepas pasaran didominasi dengan aktiviti pengambilan untung.  Emas telah meningkat harga selama lebih 5 hari berturut-turut, terkesan daripada Mesyuarat FOMC Federal Reserve Amerika Syarikat.  Ketika artikel ini ditulis, harga emas telah pun berada di bawah pivot harian, sekitar $1,191.15/oz.

Data terbaru dari CFTC Amerika Syarikat yang mengukur dagangan sehingga 17hb March lalu, menunjukkan kontrak jualan emas adalah pada paras tertinggi dalam masa 4 bulan, sejurus sebelum mesyuarat FOMC minggu lepas.  Keadaan ini menyebabkan para pedagang melakukan ‘short covering’ dengan membuka kontrak belian; apabila Feds mengecewakan pasaran dengan menurunkan jangkaan GDP dan kadar kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat.

Dana Amanah berteraskan emas, menyusut pegangannya sebanyak 323 ribu oz emas. Penjualan dilihat dari Dana SPDR (202 ribu oz), Dana ETFS (148 ribu oz), Dana GBS (29 ribu oz).  Walau bagaimanapun, sebahagian dari pengeluaran ini, telah di ‘offset’ dengan pembelian dari Dana UBS (34 ribu oz) dan Dana iShares (22 ribu oz).  Pasaran dijangka terus ‘ranging’ dengan akiviti pengambilan untung dan potensi penjualan baru, terutamanya jika harga mencecah $1,200.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register