728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-005

Emas berada dalam dagangan ‘ranging’ Jumaat lalu dengan pergerakan sekitar $12.50 dari paras tertinggi harian sekitar $1,214.90/oz ke serendah $1,201.55/oz sebelum menutup dengan ‘bearish doji’ sekitar paras $1,206/oz; selepas Dollar mengukuh terkesan dari laporan inflasi teras yang lebih baik dari jangkaan, 0.3% berbanding 0.2%, walaupun ianya dilihat masih jauh dari sasaran 2%.

Logam berharga emas turun 1.4% minggu lepas, penurunan terbesar sejak 24 April lalu. Dollar AS telah mendapat kenaikan lebih daripada 2% peratus berbanding sekumpulan mata wang utama minggu lalu, selepas 5 minggu kehilangan momentum. Dollar AS telah dirangsang oleh kelemahan dalam Euro, yang susut selepas Bank Pusat Eropah (ECB) diberitakan akan mempercepatkan pembelian bon kerajaan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Ia juga disokong oleh beberapa tanda-tanda pemulihan ekonomi, walaupun Federal Reserve AS menyatakan ia tidak mungkin menaikkan “interest rate” pada mesyuarat dasar yang akan datang pada bulan Jun.

Emas fizikal juga gagal untuk memberi reaksi kepada minit Feds yang dikeluarkan minggu lalu, setelah pasaran telah pun menjangka keadaan; apabila data-data ekonomi AS terus menerus mengecewakan sejak beberapa minggu yang lalu. Malah, sentimen pelabur terhadap emas telah kembali lemah kerana harga telah jatuh dari paras tiga bulan tertinggi pada awal minggu lalu. Pegangan dalam SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa berasaskan emas yang terbesar di dunia, turun kepada paras terendah dalam masa empat bulan pada Rabu lalu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register