728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

Harga emas terus merudum untuk hari kelima Selasa semalam, jatuh lebih $25.40/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,226.25/oz sebelum menutup sekitar paras $1,227.00/oz; setelah semakin banyak komen agresif daripada Feds tentang kenaikan kadar pinjaman pada mesyuarat FOMC bulan Jun depan. Emas dijangka akan terus jatuh lebih rendah sekiranya Dollar AS terus kukuh.

Menurut satu laporan dari penganalisis Citibank, kali terakhir indeks Dollar AS mencapai paras 100 mata adalah pada bulan Disember tahun lepas, apabila emas bertukar tangan pada harga sekitar $1,050/oz.  Sekiranya Dollar kembali ke paras itu, tiada sebab untuk menghalang emas daripada jatuh kembali ke paras tersebut. Harga emas turun ke paras 3-1/2 minggu terendah, apabila jangkaan bahawa Feds AS akan menaikkan kadar seawal Jun semakin meningkat. Namun begitu, harga melantun dari paras terendah apabila pelabur membeli dengan tujuan ‘short-covering’.

Pasaran jongkong emas telah berada di bawah tekanan pada minggu lalu, selepas Feds AS mengeluarkan minit mesyuarat bulan April, yang menunjukkan jawatankuasa FOMC percaya ekonomi AS boleh bersedia untuk satu lagi kenaikan kadar pada bulan depan. Kadar pinjaman yang lebih tinggi meningkatkan kos memegang emas yang tidak membayar sebarang kadar seperti bon.

kadar AS yang terlalu rendah untuk terlalu lama boleh menyebabkan ketidakstabilan pasaran kewangan dan jangkaan pasaran yang lebih kukuh untuk peningkatan kadar adalah “mungkin lebih baik,” menurut Presiden Feds cawangan St- Louis, James Bullard. Minit Feds adalah jelas lebih agresif daripada yang dijangkakan dan ini telah menyebabkan beberapa perubahan dalam sentimen dan kini ada peningkatan kemungkinan Feds akan menaikkan kadar pada bulan Jun depan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register