728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Harga emas terus memacu naik untuk hari kedua, lebih $26.20/oz Khamis semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,156.75/oz sebelum menutup sekitar paras $1,153.90/oz; setelah industri logam berharga digegarkan oleh penipuan pembuat kereta Jerman Volkswagen yang boleh membantutkan permintaan terhadap teknologi kawalan udara yang menggunakan logam berharga seperti platinum dan palladium.  Ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi logam berharga emas.

Dikenali sebagai pemangkin auto, penapis ekzos ini mempunyai kandungan platinum yang lebih tinggi dalam kereta berkuasa diesel, dan mempunyai kandungan palladium yang lebih tinggi di dalam kenderaan petrol.  “Orang ramai melihat skandal VW dan berfikir ianya boleh menjadi sangat positif bagi pasaran kereta petrol,” kata Erica Randstad, penganalisis kanan GFMS. “Mereka membuat pertaruhan yang akan ada penurunan dalam jualan diesel dan ini akan memberi manfaat kepada permintaan petrol.” tambah beliau lagi.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sebelum daripada itu, pasaran emas London susut sedikit sebelum Presiden ECB Mario Draghi menyampaikan bukti kepada Jawatankuasa Ekonomi dan Kewangan Hal Ehwal Parlimen Eropah. Keterangannya yang dijangka lemah akan meningkatkan risiko jualan. Namun semalam, terbukti bahawa Encik Draghi berpandangan bahawa ransangan tambahan tidak akan banyak membantu ekonomi Eropah, sekaligus membantu sokongan belian untuk emas.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register