Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gold-016Emas membuka pasaran hari ini, sekitar $1,174.57, selepas bercuti Khamis semalam sempena Krismas.  Selasa lalu, GDP Amerika Syarikat dilaporkan berada pada paras yang tertinggi dalam tempoh 11 tahun dan ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin pulih.  Keadaan ini mendorong pengurangan permintaan terhadap emas dan menjadikan kedua-dua index pasaran ekuiti – Dow dan S&P 500 – untuk berada pada paras tertinggi dalam sejarah Selasa lalu.

Pada masa yang sama, US Dollar Index terus membuat paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 90.40 – yang tertinggi dalam 9 tahun.  Pasaran ekuiti dan Dollar yang menguat, mengurangkan permintaan untuk emas, yang selalu dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset-aset yang berisiko.  Emas bergantung kepada kenaikan nilai untuk pelabur membuat keuntungan, dan juga sifatnya yang tidak membayar sebarang “interest”; menjadikan ia pelaburan kalis inflasi dan pilihan dikala krisis dan inflasi terlampau.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register