728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Harga emas dan perak dijangka diniagakan naik turun(sideway) apabila Federal Reserve memberikan petunjuk tentang kemungkinan kelewatan kenaikkan kadar faedah ditambah dengan dolar lemah akan bertindak sebagai faktor positif kepada logam berharga ini.

Harga emas diniagakan positif minggu lalu sebagai indeks dolar lemah ditambah pula dengan krisis hutang Greece yang membawa kepada permintaan safe heaven bagi logam kuning ini.

telegram-moshed

Harga emas juga tertumpu kepada permasalahan Greece buat masa sekarang selain isu sentimen kenaikan kadar faedah oleh Fed.

Perdana Menteri Alexis Tsipras membidas pemiutang Greece, menuduh mereka cuba untuk “menghina” orang-orang Greece, dan dia mencabar dan memberi amaran kepada Eropah bahawa negaranya bersedia untuk meninggalkan Eurozone. Ini bakal menjadikan situasi matawang global goyah dan memberikan kesan pada harga emas.

Rizab Persekutuan berkata ekonomi AS mungkin cukup kuat untuk menyokong peningkatan kadar faedah pada akhir tahun 2015, menyebabkan dolar melanjutkan kerugian ke atas emas.

Ekonomi Amerika Syarikat, selepas menguncup pada suku pertama, kini di landasan untuk berkembang antara 1.8 peratus dan 2.0 peratus pada tahun ini, menurut kenyataan dasar terkini bank pusat dan unjuran baru yang dikeluarkan oleh pembuat dasar Fed.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register