728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Emas melonjak lebih $12.50/oz Rabu semalam, untuk menghampiri harga purata kos produksi bagi satu oz emas – $1,200; sebelum menutup pada sekitar $1,195.13/oz; sekaligus menyebabkan harga emas berada di atas pivot hari ini, sekitar 1193.80  Emas yang telah meningkat lebih $50/oz sejak enam hari lalu, kini dilihat mula hilang momentum dan ‘bearish divergence’ dapat disaksikan dengan jelas di carta 1 jam.

Di pasaran Amerika Syarikat, data “durable goods orders” menunjukkan kuasa ekonomi terbesar dunia itu semakin perlahan perkembangannya, apabila tempahan peralatan industri jatuh kepada -1.4% berbanding 0.4% jangkaan.  Laporan sebelum ini juga dikemaskini kepada lebih rendah, dari 2.8% kepada 2.0%  Dengan sentimen ‘bearish’ untuk Dollar ketika ini, dan juga jangkaan GDP Amerika Syarikat yang jauh meleset dari sebelumnya, 2.4% berbanding 5%; emas dilihat terus mendapat permintaan, melainkan GDP Amerika Syarikat esok mengejutkan pasaran.

telegram-moshed

Hari ini AS bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka mengurang dari 291 ribu kepada 290 ribu.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati dengan aktiviti pengambilan untung dan penjualan baru sekitar $1,200.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register