banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Harga emas yang melonjak lebih $14.55/oz pada sesi Asia dan pagi Eropah Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,179.40/oz, jatuh semula lebih $20.20/oz pada sesi New York sebelum menutup sekitar paras $1,164.45/oz; setelah Goldman Sachs Group Inc. berkata terdapat 60% peluang bahawa Feds AS akan menaikkan kadar pada Disember ini.

Kadar yang lebih tinggi membendung kenaikan harga emas kerana ia tidak membayar “interest” seperti bon. Pembuat dasar Amerika Syarikat akan menilai ekonomi AS pada 27-28 Oktober ini (esok dan lusa) dalam mesyuarat kedua terakhir mereka untuk tahun ini.  Dollar memacu naik sehingga 1.2% minggu lepas, apabila Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi memberi isyarat bahawa ECB boleh meningkatkan rangsangan tambahan.

telegram-moshed

Pegangan dalam produk dagangan bursa yang disokong oleh emas jatuh 0.15 tan metrik, sekaligus mengurangkan kenaikan minggu lepas kepada hanya 7.8 tan, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg. Walaupun telah mendapat tambahan pegangan dalam lima daripada enam minggu lalu, ianya masih turun 3.4% untuk tahun ini kepada 1,545.16 tan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register