Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 27 April 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 27 April 2016

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1,231.34/oz ke setinggi $1,244.85/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,243.16/oz; setelah pasaran bersedia menjelang mesyuarat FOMC Feds AS pada awal pagi esok dan kemudiannya mesyuarat Bank of Japan.

MarketPulse melaporkan bahawa emas telah melonjak tajam pada suku pertama tahun 2016, mencatatkan peningkatan kira-kira 17%. Ini sekaligus menandakan suku terkuat logam tersebut dalam masa 30 tahun, yang mencerminkan kegawatan dalam ekonomi global, yang menyaksikan penurunan ketara di China dan kejatuhan berterusan harga minyak.

Secara tradisinya, emas adalah aset yang lebih selamat semasa krisis, dan telah meningkat dengan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila selera para pelabur kepada risiko berkurangan, dan merebut komoditi itu. Harga emas juga cenderung untuk turun apabila kadar bergerak lebih tinggi, kerana pelaburan memberikan pulangan yang lebih.

telegram-moshed

Dengan Federal Reserve AS yang tidak mungkin menaikkan kadar pada akhir mesyuarat dasar FOMC Khamis ini, pasaran akan menilai melalui kenyataan dasar, mencari petunjuk tentang kenaikan pada bulan Jun. Pengerusi Feds Janet Yellen telah menyatakan pendirian yang berhati-hati tentang kesihatan ekonomi AS, dan jika Feds menghantar mesej ‘dovish’ minggu ini, harga emas boleh memacu ke atas.

Dalam berita lain, Aset dalam SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar dunia, jatuh 0.3% kepada 802,65 tan dalam laporan terbarunya. Russia dan Kazakhstan terus meningkatkan rizab emas mereka pada bulan Mac, menurut data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa. Bank Pusat Russia, salah satu pemegang terbesar emas, menambah 430 ribu auns emas dan Kazakhstan menambah pegangan sebanyak 86,819 auns. Turki pula mengurangkan pegangannya sebanyak 2,283 auns.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register