Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 27 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-005

Emas yang melonjak lebih $16 sepanjang sesi Asia Khamis semalam, menjunam $12 pada sesi pagi New York apabila laporan “core CPI” dan “durable goods orders” Amerika Syarikat yang lebih baik dari jangkaan menyebabkan permintaan untuk Dollar kembali meningkat.  Berita mengejutkan tentang IMF juga yang menolak kertas cadangan reformasi Greece, menyebabkan pasaran membeli matawang ‘safe-haven’ disamping logam berharga.

Awal daripada itu, emas mendapat permintaan apabila kenyataan presiden Federal Reserve Janet Yellen dilihat “bearish” apabila beliau mengatakan kenaikan “interest rate” tidaklah sehingga beberapa mesyuarat FOMC yang mengesahkan keadaan ekonomi, inflasi, dan gaji pekerja semakin memulih.  Ini menyebabkan Dollar hilang tarikan walaupun ianya dilihat bersifat sementara.

telegram-moshed

Para penganalisa masih melihat kenaikan “interest rate” AS, walaupun tiada jangkamasa yang tepat untuk Feds berbuat demikian.  Kenaikan ‘interest rate’ AS sudah tentu bakal merudumkan pasaran ekuiti yang banyak bergantung kepada dana hutang dan margin untuk pembelian.  Ketika artikel ini ditulis, Index S&P500 telah pun membuat paras tertinggi yang baru dalam tempoh 5 tahun, sekitar 2119.40 dan Index  Dow Jones pula pada 18,241.50

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register