GOLD Analisa Fundamental Harian 27 Jan 2015

0 9

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Emas menyusut lebih $23 Isnin semalam, dalam dagangan “ranging” yang menyaksikan aktiviti pengambilan untung oleh para pengurus dana, bagi menutup buku dagangan bulan Januari minggu ini.  Mesyuarat FOMC Federal Reserve Amerika Syarikat pada petang sesi dagangan New York Rabu ini juga, menyebabkan para pelabur lebih berhati-hati sebelum membuat pesanan baru.

Pilihanraya presiden Greece yang dimenangi oleh parti berhaluan kiri Syriza, tidak banyak mempengaruhi pasaran apabila para pemimpin Kesatuan Eropah berkata, Greece mestilah menghormati perjanjian hutangnya yang berjumlah 260 bilion Euro; walaupun Parti Syriza dalam kempen sebelum ini, berjanji untuk berunding semula dengan “troika” (ECB, EU, IMF) bagi membatalkan perjanjian tersebut.

Di pasaran hadapan, “open interest” bagi kontrak Februari 2015 yang mengurang dari 189,258 kepada 172,581 menunjukkan para pedagang yang menyelesaikan kontrak mereka ekoran harga “spot” yang lebih murah berbanding “futures”.  Ketika artikel ini ditulis, pasaran hadapan emas untuk kontrak Januari 2015 adalah sekitar $1,290.60 berbanding spot pada sekitar $1,279.45

Belajar analisa fundamental cara MoshedFX, dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex di sini – Klik Sini

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa