728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 27 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Harga emas meningkat lebih $23.50/oz Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar paras $1,101.65/oz sebelum menutup sekiatar paras $1,099.60/oz; selepas kejatuhan harga ke paras lima tahun terendah mengundang pembelian dan tambahan permintaan.  Walau bagaimanapun, kegelisahan pasaran telah bertambah ekoran masa kenaikan “interest rate” AS yang pertama seolah-olah telah menghampiri.

Ini juga mempunyai kesan negatif ke atas emas; apabila harga logam kuning emas menurun mendadak minggu lepas dan malangnya tidak seperti kes-kes sebelum ini, penurunan itu tidak merangsang tindak balas permintaan di China mahupun di India. Premium untuk emas fizikal di kedua-dua negara masih agak rendah, dan itu tidak menunjukkan tekanan permintaan yang lebih tinggi.

telegram-moshed

Harga telah berada di bawah tekanan sejak merudum lebih daripada 3% pada waktu dagangan Asia pada hari Isnin minggu lepas, penurunan terbesar dalam satu hari dalam hampir dua tahun; setelah penjualan disertai dengan jumlah dagangan yang besar di New York dan Shanghai. Apabila harga emas merosot, pegangan dana dagangan bursa yang disokong emas terbesar di dunia, SPDR Gold Trust, jatuh untuk hari keenam pada hari Khamis lalu,  sebanyak 684.6 tan, paras terendah sejak September 2008.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register