728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 27 Nov 2015

Emas berada dalam dagangan tipis Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar $5.20/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,074.95/oz ke serendah $1,069.75/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,071.35/oz; setelah pasaran Amerika Utara bercuti sempena “Thanksgiving”.  Sebelum daripada itu, harga emas berlegar-legar sekitar paras terendah dalam hampir enam tahun, lantaran tekanan daripada data ekonomi AS yang lebih tinggi mengukuhkan sentimen kenaikan kadar Feds pada bulan depan.

Pengeluaran dan pembuatan AS meningkat jauh melebihi jangkaan pasaran pada bulan Oktober, dan tolok rancangan pelaburan perniagaan AS juga melonjak.  Angka pesanan barangan tahan lama yang positif agak menghairankan, dan itulah yang memberati pasaran emas.  Dalam pada itu, logam kuning emas membuat keuntungan sederhana, susulan laporan kemalangan Turki menembak jatuh pesawat Rusia tetapi kenaikan tersebut cepat hambar.

telegram-moshed

“Peristiwa geopolitik seperti ini biasanya memberikan emas rangsangan, tetapi pengalaman kami menunjukkan ianya lebih bersifat sementara, terutamanya jika keadaan masih agak terkawal. Pada peringkat ini, kejadian Rusia-Turki seolah-olah menjadi yang paling mendesak pasaran, tetapi kami tidak fikir ianya akan menjadi lebih buruk.” menurut Edward Meir dari INTL FCStone.

Walaupun kenaikan tersebut adalah kurang meyakinkan, Scotiabank berkata sokongan teknikal sekitar paras $1,066 bertahan semalam dan dua kali pada minggu lepas. “Logam ini biasanya memecah sesuatu paras pada percubaan ketiga, jadi ketidakupayaan harga untuk bergerak lebih rendah merupakan satu perkembangan yang positif,” kata Scotiabank. “Gambaran teknikal kekal menurun, tetapi kami jangkakan pembelian pantas sekiranya tawaran emas kembali di atas paras tertinggi minggu lepas sekitar $1,093.  Jika paras $1,066 dipecahkan, sasaran kami adalah sekitar $1,045, paras terendah 2010.” tambah Scotiabank lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register