728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 27 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $7.35/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,169.70/oz ke serendah $1,162.25/oz, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah pemacuan Dollar AS dihentikan buat sementara dan ketidaktentuan berterusan dalam tempoh masa kenaikan pertama kadar Federal Reserve AS dalam lebih satu dekad.

Minat belian dikekang dengan kenaikan dalam ekuiti global, disebabkan oleh peningkatan dalam selera terhadap risiko, selepas pusingan baru dalm pelonggaran dasar monetari China. Emas telah meningkat 1% tidak lama selepas penurunan mengejut kadar oleh Bank Rakyat China; apabila pelabur bertaruh bahawa Bank Pusat AS akan terpaksa menangguhkan kenaikan kadar ekoran kerapuhan ekonomi global.

“Kebimbangan mengenai kenaikan Dollar AS yang berterusan, menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan jualan terhadap emas; tetapi sentimen telah bertukar ke arah yang lebih baik, ekoran masa kenaikan kadar Feds yang masih tidak menentu,” menurut Pengurus Kanan Saxo Bank Ole Hansen.  “$1,158 dilihat sebagai kawasan anjakan utama yang akan datang. Pembelian akan menjadi sedikit berdaya tahan selagi pasaran masih berpegang di atas paras $1,140.”, tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register