728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

Harga emas berada dalam dagangan tidak menentu Rabu semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1,239.40/oz ke setinggi $1,252.80/oz dalam masa 10 minit, dalam reaksi kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi, sebelum menutup sekitar paras $1,245.68/oz; setelah Feds mengekalkan kadar pada julat 0.25% – 0.5% sejak kenaikan pertama dalam satu dekad pada Disember tahun lepas.

FOMC juga dilihat mengeluarkan kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi global dari kenyataannya, dan menekankan bahawa kenaikan kadar seterusnya akan bergantung kepada prestasi ekonomi semasa.  Tindakan Feds tersebut menimbulkan spekulasi bahawa kenaikan kadar pada Jun ini adalah hampir pasti, kerana Feds merancang untuk menaikkan kadar sebanyak dua kali pada tahun ini.  Kenaikan kali kedua dijangka pada sekitar hujung tahun ini.

telegram-moshed

ANZ berkata, “Satu tinjauan ekonomi yang tidak berubah dan penilaian risiko yang lebih seimbang adalah perlu dalam meningkatkan keyakinan Feds untuk meneruskan lagi kadar normal.” OCBC Bank pula berkata, Fed “boleh mencari keseimbangan yang teliti antara mengembalikan dasar secara beransur-ansur dan memahami data ekonomi yang bercampur-campur baru-baru ini, ketika harga minyak mentah yang lebih kukuh”.

Beberapa trader pula lebih memberi tumpuan kepada isu-isu permintaan. Penganalisis GFMS di Thompson Reuters berkata dalam satu laporan baru-baru ini, bahawa kemerosotan permintaan daripada pengguna utama Asia mungkin akan mendorong harga emas lebih rendah dalam jangka masa pendek. Dalam berita lain, permintaan emas global jatuh sebanyak 24% tahun ke tahun kepada 781 tan metrik dalam tempoh tiga bulan pertama pada tahun ini – suku yang paling lemah dalam tempoh tujuh tahun – ekoran pembelian daripada pengguna utama India dan China yang turun menjunam.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register