Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 28 Mac 2016

GOLD Analisa Fundamental Harian 28 Mac 2016

Pasaran komoditi utama ditutup Jumaat lalu sempena cuti ‘Good Friday, dengan emas berada dalam dagangan ‘sideway’ pada Khamis, dengan pergerakan sekitar $11.70/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,223.90/oz ke serendah $1,212.20/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,217.02/oz pada lewat petang New York.

Dollar berada di landasan yang betul pada hari Jumaat untuk kenaikan mingguan lebih daripada 1% berbanding sekumpulan matawang selepas komen-komen pegawai Federal Reserve AS memberi isyarat kenaikan kadar yang mungkin datang pada bulan April depan. Yang terbaru ialah Presiden Feds St. Louis James Bullard, yang berkata bahawa satu lagi kenaikan kadar AS “mungkin tidak jauh” dan menyatakan peningkatan pasaran buruh.

Penganalisis berkata bahawa komen minggu ini daripada pegawai-pegawai Fed mengisyaratkan peningkatan kadar pada awal bulan April akan terus menyokong Dollar dan memanjangkan tekanan ke atas emas yang disebutharga dalam Dollar. Emas juga berada di bawah tekanan kerana laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh AS menunjukkan tuntutan pengangguran datang 2 ribu lebih rendah dari jangkaan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Penganalisis menyatakan bahawa ini adalah laporan ke-55 berturut-turut di bawah paras 300 ribu yang merupakan penurunan paling lama sejak tahun 1973. Data ini adalah juga sedikit lebih rendah daripada konsensus Bloomberg sebanyak 268 ribu tuntutan.

Walau bagaimanapun, logam berharga telah dihalang daripada jatuh lebih jauh apabila laporan daripada Jabatan Perdagangan AS menunjukkan tempahan barangan tahan lama jatuh lebih teruk daripada jangkaan 2.8% pada bulan Februari, dan bacaan tidak termasuk pengangkutan jatuh sebanyak 1.0%.  Namun laporan GDP AS yang memberansangkan pada Jumaat dijangka akan terus menyokong Dollar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register