728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 28 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Harga emas berada dalam pasaran ‘ranging’ Rabu semalam dengan pergerakan tidak melebihi $10/oz, dari paras tertinggi harian sekitar $1,190.95 ke serendah $1,183.75 sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, sekitar paras $1,187.70/oz; selepas para pelabur kehilangan minat terhadap logam semalam, apabila Janet Yellen dan rakan sejawatnya terus memberi komen tentang kenaikan “interest rate” tahun ini.

Data ekonomi yang rancak sejak beberapa hari ini, memberi sokongan untuk Dolar sekaligus menyebabkan permintaan yang membosankan untuk emas. Komoditi logam berharga seperti emas dan perak, yang disebutharga dalam Dollar sering berdagang secara songsang dengan matawang AS itu, kerana pergerakan dalam Dollar AS boleh mempengaruhi permintaan untuk komoditi tersebut, daripada pemegang mata wang lain.

telegram-moshed

Di pasaran hadapan emas menutup lebih rendah pada Selasa lalu, selepas data jualan rumah baru dan keyakinan pengguna AS dilapor memberansangkan; sekaligus membantu mengukuhkan lagi Dollar dan menolak harga emas ke paras terendah dalam masa 2 minggu.

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://moshed.com/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register