GOLD Analisa Fundamental Harian 29 Dec 2014

0 1

moshedfx-forex-malaysia-gold-017Emas yang membuka pasaran Jumaat lalu dengan “gap up”, selepas cuti Krismas, mengakhiri minggu lalu sekitar $1,195.30 tanpa menutup “gap” tersebut.  Walaupun emas meningkat Jumaat lalu, ianya adalah kejatuhan dalam masa dua minggu berturut-turut selepas Federal Reserve AS menegaskan bakal menaikkan “interest rate” tahun depan.  Pemulihan kuasa ekonomi terbesar dunia itu, dan kejatuhan harga minyak menyebabkan aset-aset “safe-haven” hilang daya tarikan.

Emas yang jatuh ke paras terendah sejak 2010 pada November lalu, dijangkakan akan terus mendapat permintaan ekoran keraguan para pelabur terhadap perkembangan ekonomi global yang tidak menentu.  Pada masa yang sama, pasaran hadapan emas menunjukkan “open interest” yang mengurang, dari 223,253 kepada 220,568, untuk Feb 2015 walaupun kontrak April 2015 menyaksikan penambahan “open interest” dari 55,323 kepada 57,787 sehingga Jumaat lalu.  “Open interest” adalah jumlah kontrak pasaran hadapan yang masih belum ditutup atau disempurnakan ordernya.

Pasaran dijangka terus “ranging” dan dalam dagangan tipis hari ini melainkan terdapat kejutan pada pasaran.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa