Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 29 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Harga emas susut lebih $10.30/oz Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,066.45/oz sebelum menutup sekitar paras $1,068.90; setelah para trader, pengurus dana dan pelabur memandang ke arah 2016 dengan kadar inflasi yang rendah dan tiada tekanan global tertentu. Emas dijangka kekal rendah dan diniagakan sekitar $1071.20/oz setelah Janet Yellen menghantar harga emas menaiki coaster roller.

Pengerusi Federal Reserve AS menaikkan kadar buat kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad, menyebabkan harga emas berayun dan memandu volatiliti 30 hari, ke paras tertinggi dalam tempoh enam minggu. Di saat para trader tidak boleh membuat keputusan mengenai hala tuju emas selanjutnya, Robin Bhar dan Barnabas Gan, peramal yang paling tepat, yakin pasaran niaga hadapan akan terus jatuh pada tahun 2016. Pengurus dana nampaknya bersetuju, sekaligus meningkatkan kedudukan kontrak jualan mereka ke paras tertinggi dalam sejarah.

“Oleh kerana emas merupakan komoditi emosi, anda berurusan dengan cara orang ramai berfikir,” kata Brian, ketua pegawai pelaburan Cambiar Investors yang berpangkalan di Denver, yang menyelia dana sebanyak $14 bilion. “Ia sangat sukar untuk meramalkan emosi manusia apabila mereka akan bertukar dari masa ke semasa. Saya tidak akan menyentuh secara peribadi. Saya rasa ia mempunyai banyak ruang untuk pergi ke paras yang lebih rendah.” tambah beliau lagi.

Selepas pasaran menaik selama sedekad panjang, yang menggerakkan harga Emas mencapai rekod tertinggi pada tahun 2011, logam berharga itu bersedia untuk menerima kerugian tahunan ketiga. Dengan berakhirnya era rangsangan Amerika Syarikat dan inflasi yang sangat sedikit, pelabur melihat tidak ada sebab untuk mengekalkan pegangan dalam emas dan melambakkan pegangan mereka dalam produk dagangan bursa. Kadar yang lebih tinggi mengurangkan permintaan logam itu sebagai simpanan bernilai kerana kekuatan Dollar AS.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register