banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 29 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-gold-020

Harga emas susut lebih $14/oz Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,111.35/oz sebelum menutup sekitar paras $1,115.05/oz; setelah pasaran dipenuhi aktiviti pengambilan untung belian dan menutup buku dagangan bulan Januari.  Sebelum daripada itu, Federal Reserve AS mengekalkan kadar dan berkata ia memantau perkembangan ekonomi dan kewangan global, sambil memberi isyarat bahwa ia telah menyumbang jualan pasaran saham; tetapi tidak bersedia untuk meninggalkan rancangan mengetatkan dasar monetari pada tahun ini.

Kenyataan itu telah ditafsirkan sebagai berhati-hati dalam menaikkan kadar seterusnya, dan ancaman kenaikan kadar AS merupakan faktor utama yang memacu emas turun 10% pada tahun lepas. Namun jangkaan kenaikan kadar telah kembali suram bulan ini, selepas pasaran kewangan merudum telah membantu kenaikan harga emas sekitar 5% pada Januari.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Federal Reserve AS tidak memberikan isyarat yang jelas, bagaimana ia merancang untuk meneruskan kitaran kenaikan kadar,” menurut Commerzbank dalam satu nota kepada pelanggan. “Jika Feds membuat keputusan untuk menaikkan kadar selanjutnya pada Mac ini, mungkin ianya akan memberikan kesan positif kepada pelabur, kerana ini akan membuatkan emas lebih murah untuk dibeli.”, tambah Commerzbank lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register