728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 3 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-004

Harga emas merudum lebih $20.55/oz Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,050.65/oz sebelum menutup sekitar paras $1053.25/oz; setelah pasaran teruja dengan laporan pekerjaan sektor swasta Amerika Syarikat dari ADP yang memberansangkan.  Sektor swasta AS menambah 217 ribu jawatan berbanding 191 ribu jangkaan, disamping angka sebelum ini yang disemak semula lebih tinggi dari 182 ribu kepada 196 ribu jawatan.  Laporan ini tambah mengukuhkan sentimen kenaikan kadar menjelang mesyuarat FOMC Federal Reserve AS pada 15-16 Disember ini.

Minggu lepas emas menyentuh sekitar $1,055/oz, paras paling rendah sejak Februari 2010 dan November pula telah menjadi bulan yang paling teruk bagi emas sejak pertengahan tahun 2013 – tahun di mana logam berharga tersebut telah susut nilai sebanyak 28%.  Kemungkinan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar hampir sifar – yang sudah berada sejak Disember 2008 – sebelum akhir tahun ini; mendorong spekulator niaga hadapan dan pengurus dana untuk meningkatkan pertaruhan untuk kejatuhan emas secara mendadak.

Kadar yang tinggi meningkatkan nilai Dollar dan membuatkan emas kurang menarik sebagai satu pelaburan, kerana logam tersebut tidak menghasilkan pulangan melainkan dari kenaikan harga.  Pada masa yang sama, trader pasaran niaga hadapan diberitakan telah melambakkan hampir 140 ribu lot atau bersamaan sekitar 400 tan emas, dalam kontrak jualan, dalam masa hanya empat minggu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register