GOLD Analisa Fundamental Harian 3 Feb 2016

0 2

moshedfx-forex-malaysia-gold-002

Emas berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1,130.95/oz ke serendah $1,122.20/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,128.85/oz; setelah harga minyak kembali merudum, mengembalikan sebahagian besar daripada kenaikan minggu lepas. Pasaran niaga hadapan emas naik ke paras tertinggi dalam hampir tiga bulan, selepas data menunjukkan penguncupan dalam sektor pembuatan China dan AS, sekaligus meningkatkan permintaan untuk aset ‘safe-haven’ seperti emas.

Bacaan rasmi aktivit perkilangan China memberikan isyarat keadaan yang merosot untuk bulan keenam pada bulan Januari lalu. Manakala laporan kerajaan AS pula menunjukkan pembuatan di Amerika Syarikat merosot untuk bulan keempat berturut-turut. Kenaikan paling lama untuk minyak pada tahun ini menjadi goyah, sambil menambah permintaan untuk emas.

Permintaan untuk jongkong emas meningkat semula tahun ini, di tengah-tengah jualan dalam pasaran ekuiti global, dan kenaikan spekulasi bahawa Federal Reserve akan menahan kenaikan kadar buat sementara waktu. Kadar yang lebih tinggi mengurangkan permintaan untuk logam berharga, yang tidak membayar “interest” atau menawarkan pulangan. Bacaan untuk 14 pengeluar emas yang dikesan oleh Bloomberg Intelligence meningkat sebanyak 3.3% pada Isnin kelmarin.

Pada masa yang sama, pegangan dalam produk dagangan bursa yang disokong emas, memanjat untuk hari ke 10 berturut-turut, untuk ke paras yang tertinggi sejak awal November. Aset meningkat sebanyak 0.8 tan metrik kepada 1,516.3 tan, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa