728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 3 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Harga emas yang jatuh lebih $11/oz pada sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah sekitar $1,157.05/oz kembali memacu naik sebelum menutup sekitar paras $1,166.20/oz; sebaik sahaja data non-farm payroll (NFP) AS dilaporkan meleset dari jangkaan.  Pasaran buruh bukan perladangan AS menambah 223 ribu pekerjaan sahaja berbanding 231 ribu jangkaan dan data sebelum ini juga dikemaskini kepada lebih rendah iaitu 254 ribu sahaja berbanding 280 ribu yang dilaporkan sebelum ini.

Isu Grexit terus menghantui pasaran dengan Greece bakal mengadakan referendum rakyat Ahad ini, bagi menentukan pendirian rakyat Greece terhadap terma dan syarat pinjaman dari Troika yang terlalu menekankan penjimatan. Perdana Menteri Alexis Tsipras menggesa rakyat menolaknya untuk membolehkan Greece mempunyai kuasa dalam menentukan arah ekonominya sendiri.  Pegawai ECB bagaimanapun menegaskan bahawa penolakan bererti Greece tidak lagi mahu berada dalam Euro-Zone.  Ini berpotensi untuk melonjakkan harga emas Isnin nanti sekiranya menjadi kenyataan.

telegram-moshed

Pasaran Amerika Syarikat bercuti hari ini sempena Hari Kemerdekaan AS esok 4 Julai. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register