728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-004

Harga emas susut sekitar $12/oz Khamis semalam, dari paras tertinggi sekitar $1,214.10 sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan, pada sekitar paras $1,204.60; walaupun Dollar AS dijual berterusan di pasaran matawang dengan US Dollar Index jatuh 3 minggu berturut-turut untuk mencapai paras terendah 94.75 Rabu semalam.

Di pasaran global, penggunaan emas di China menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, selepas menjunam pada tahun 2014, kerana harga emas yang rendah menarik minat Asia, terutamanya dalam sektor barang kemas. Permintaan pada suku pertama meningkat 1.1% berbanding tahun sebelumnya kepada 326,68 tan metrik, kata Presiden Persatuan China Gold Song Xin.

Penganalisis berkata, kejatuhan harga logam kuning itu di pasaran hadapan kebanyakannya selari dengan trend yang lemah di luar negara dan pengambilan untung oleh para spekulator pada harga semasa. Emas jatuh Rabu semalam, apabila para pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan dua hari; terkesan dari data ekonomi AS yang lemah.

Selain itu, harga emas terus berada dalam dagangan berhati-hati dengan SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa emas yang terbesar di dunia, melaporkan pegangannya jatuh 0.44% kepada 739,07 tan metrik pada hari Isnin lalu, penurunan pertama dalam masa dua minggu.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register