Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-gold-019Emas menyusut hampir $18 Isnin semalam dari paras tertinggi harian sekitar $1,197.34 apabila para pelabur mula memberi reaksi awal kepada “consumer confidence” AS yang dijangka bertambah baik hari ini.  Emas dijangka menutup tirai tahunan 2014 dibawah harga produksi $1,200 selepas para pelabur dilihat gagal memecahkan resistance tersebut.

Emas adalah komoditi yang tidak digunakan dengan sangat meluas masa kini, namun ianya tetap dianggap sebagai aset yang berharga sejak zaman berzaman.  Pada masa yang sama, minyak mentah pula adalah satu komoditi yang sangat meluas penggunaannya dalam industri, dan hanya di zaman kini dianggap sebagai aset berharga.

6 bulan lalu, harga minyak mentah mula merudum apabila produksi telaga-telaga minyak di Amerika Syarikat meningkat.  Setahun sebelum itu, awal 2013, emas yang telah berada pada paras tertinggi dalam sejarah, jatuh merudum apabila para pelabur mula mengambil untung dan menjual kontrak hadapan emas ekoran spekulasi kenaikan “interest rate” dan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.

Akibat dari itu, hubungkait emas dan minyak telah jauh tersasar dari normanya dalam sejarah.  Kebiasaannya 1 ounce emas dapat dibeli dengan 15 tong minyak mentah.  Hari ini, dengan paras terendah emas Isnin semalam, sekitar $1,178.86, ia memerlukan lebih 22 tong minyak mentah pada harga $52.88 setong.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register