banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Semua Tentang EMAS

GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar $11.30/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,102.10 ke serendah $1,090.45; selepas kenyataan mesyuarat FOMC tentang ekonomi dan pasaran pekerjaan Amerika Syarikat yang bertambah baik untuk kenaikan “interest rate” seawal September ini, tidak banyak mempengaruhi harga emas ekoran ianya telah pun difaktorkan.

Ketua strategi komoditi di bank pelaburan Goldman Sachs, Jeffrey Currie, yang “bearish” pada emas sejak 2012, melihat emas menuju bawah $1,000/oz, manakala dalam kajian ramalan emas tahunan oleh Persatuan Pasaran Bullion London daripada 35 penganalisis yang dibanci, lima meramalkan kejatuhan di bawah $1,000/oz pada 2015. ┬áPasaran emas juga menyaksikan tekanan berikutan laporan yang menunjukkan permintaan suku kedua mencecah paras terendah dalam tempoh enam tahun.

telegram-moshed

Satu kajian daripada perkhidmatan perundingan logam GFMS menunjukkan bahawa permintaan untuk emas pada suku kedua jatuh ke paras terendah sejak 2009, menurut The Wall Street Journal. The Wall Street Journal berkata kaji selidik itu menunjukkan permintaan bagi emas fizikal jatuh sebanyak 14% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, permintaan untuk syiling dan bar jatuh 12% dan permintaan barang kemas tenggelam sebanyak 9%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register